Saturday, April 16, 2016

Wartawan Berita Harian Interview Aku


Kenapa aku jadi blogger macam mak aku? Sebab best boleh gi banyak event. Kalau pergi mana-mana mummy mesti bawa kita orang. Mak aku suruh jadi blogger jadi boleh belajar cara menulis. Dia support dari belakang. Tapi hanya selepas waktu sekolah.

Masa wartawan tanya aku soalan, mak aku kata ..cara aku jawap win. Dia ajar sikit-sikit. Mak aku kan wartawan sambilan, dia tahu soalan wartawan tu akan tanya. betul apa yang mak aku cakap tu keluar. Terima kasih akak Farhana, wartawan Berita Harian beri peluang kepada saya untuk masuk surat khabar.

Kem Unit Beruniform Sekolah Menengah Ghafar Baba



Aku presiden Persatuan Silat Sekolah Menengah Ghafar Baba. Sekilah buat kem untuk unit beruniform. Best bila kami ramai-ramai pergi kem. Jungle Tracking, mandi sungai dan tidur dalam khemah. 3 hari 2 malam. Bila ada peluang lagi aku nak pergi lah. Seronok

Pergi Rumah Makwe dan Atuk


Makwe dan Atuk sebelah ayah aku ada lagi. Sebelah Mummy je yang sudah meninggal. Bila mummy ada kerja di Johor Mesti singgah rumah Makwe dan atuk. Masa kami datang ada Mak Long dan Pak Long. Lama aku tak jumpa dia orang. Makwe dan Atuk nanti kami datang lag

Aku Masuk Iklan


Balik sekolah mummy bagitau, esok ada orang datang shooting kat rumah. Korang masuk Iklan. Masuk iklan? Biar betul mak aku ni.Aku ok aje. Hanif  dan Haris yang banyak soal. iklan apa? nak pakai apa?

Hari yang di janjikan telah tiba. Takut juga. Macam mana nak buat. mummy kata masa kecil-kecil pernah masuk majalah dan TV. Dia tak ingat majalah apa. Tapi TV dalam rancangan Nona. Aku tak heran lah mak aku tu. Banyak kontak dia. Jadi tunggu lah gambar aku kat TV

Aku Pergi Pergi Legoland



Kali pertama aku pergi Legoland bulan January. Ikut mummy buat press conference. Kali kedua cuti penggal pertama. Antara tempat paling best aku dah pergi. Macam-macam ada kat dalam tu. dik beradik aku lagi lah suka. Semua mainan dia nak naik. Aku pun sama.


Aku  dan Aqua zone


Depan StarWars Miniland


Darth Vader


Dalam Legoland


Legoland ada 2 tempat. 1. Theme park  2. Water park. 







Water park ada 2 bahagian.. Bahagian atas boleh main gelonsor air. Bahagian bawah untuk adik-adik kecil. Aku paling suka main kat water park. Sebab seronok main air. Lebih-lebih hari panas. Masa pertama kali datang hujan. Kali kedua panas. Mummy aku kata main sampai hitam. Apa lagi aku dan kembar main sampai mummy kata baliiikkkk..



Friday, April 15, 2016

Ke Pulau Pinang dengan AIR ASIA


Benda yang paling menyoronokkan pergi bercuti . Kali ini aku pergi ke Pulau Pinang. Mummy bawa naik kapal terbang. Lama aku tidak naik kapal terbang. Dari KLIA2 ke Pulau Pinang hanya 1/2jam. Mummy selalu cerita masa kecil aku ada naik kapal terbang. Aku tak ingat. Perasaan seronok dan teruja.  Sebab terbang atas awan. Paling mendebarkan masa naik.


Mummy kata hendak ajar kita orang  lalui penerbangan dalam negara sebelum terbang keluar negara. Masa kecil terbang keluar tidak berapa ingat masa tu adik kembar aku masih kecil lagi. Mummy kata tobat nak bawa korang naik kapal terbang masa kecil. sekarang sudah besar baru senang hendak bawa pergi jalan-jalan jauh.


Merasa juga naik ERL. Selalu dengar mummy cerita. best naik ERL. hanya 1/2jam dari KL sentral. Adik beradik aku lagi lah suka. Sebab laju. Tahun 2016 mungkin kami ke Macau. 

Jalan lagi weei